Thursday 20 December 2012

Kiamat : Antara Perkhabaran dan Kebenaran


Berikutan kejadian gempa bumi yang seringkali terjadi akhir-akhir ini hati saya terdetik untuk menulis tentang 10 tanda-tanda besar kiamat. Mungkin ada antara pembaca merasakan gegaran kecil baru-baru ini. Adakah ia petanda atau amaran dari Allah? Sama-sama kita hayati dan berfikir.
Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata:
“Datang kepada kami Rasulullah saw. Dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: “Apa yang kamu perbincangkan?”. Kami menjawab: “Kami sedang berbincang tentang hari kiamat”.
Lalu Nabi saw. bersabda:
“Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya”. Kemudian beliau menyebutkannya: “Asap, Dajjal, binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam a.s, Ya’juj dan Ma’juj, tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka”. – Hadis Riwayat Muslim
Saya permudahkan tentang 10 tanda-tanda kiamat besar ini.
1. Asap yang akan keluar dan mengakibatkan penyakit seperti selesema di kalangan orang-orang yang beriman dan akan mematikan semua orang kafir.
2. Dajjal yang akan membawa fitnah besar yang akan meragut keimanan, hinggakan ramai orang yang akan terpedaya dengan seruannya.
3. Dabbah, binatang besar yang keluar berhampiran Bukit Shafa di Mekah yang akan bercakap bahawa manusia tidak beriman lagi kepada Allah swt.
4. Matahari akan terbit dari tempat tenggelamnya. Pada saat itu Allah swt. tidak lagi menerima iman orang kafir dan tidak menerima taubat daripada orang yang berdosa.
5. Turunnya kembali Nabi Isa a.s. Beliau akan mendukung pemerintahan Imam Mahdi yang berdaulat pada masa itu dan beliau akan mematahkan segala salib yang dibuat oleb orang-orang Kristian dan beliau juga yang akan membunuh Dajjal.
6. Keluarnya bangsa Ya’juj dan Ma’juj yang akan membuat kerosakan dipermukaan bumi ini, iaitu apabila mereka berjaya menghancurkan dinding yang dibuat dari besi bercampur tembaga yang telah didirikan oleh Zul Qarnain bersama dengan pembantu-pembantunya pada zaman dahulu. (Sudah lama mereka bebas, sila rujuk artikel saya berkenaan kajian Ulama Imran N. Hosein)
7. Gempa bumi di Timur.
8. Gempa bumi di Barat.
9. Gempa bumi di Semenanjung Arab.
10. Api besar yang akan keluar dari Yaman.
Di blog saya telah banyak saya sentuh tentang topik dajal, Yakjuj dan Makjuj tetapi belum pernah saya sentuh tentang tanda kiamat besar iaitu gempa bumi. Banyaknya gempa bumi yang berlaku adalah antara tanda-tanda kiamat. Allah memberi peringatan kepada hambanya yang peka dan percaya akan kekuasaannya. Jadi terpulang kepada kita untuk mentafsirkan tanda-tanda itu.
Ayuh kita mulakan pengembaraan minda kita dengan kejadian semasa yang berlaku. Tsunami di Samoa dan gempa bumi di Indonesia baru-baru ini. Allah telah berfirman:
Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami di segenap ufuk dan pada diri mereka sendiri, sehingga jelaslah bagi mereka bahwa al-Quran itu benar. Dan apakah Tuhanmu tidak cukup (bagi kamu) bahwa sesungguhnya Dia menyaksikan segala sesuatu.
( Fussilat 41: 53)
Sekurang-kurangnya 118 maut akibat tsunami yang melanda kepulauan Samoa semalam dan pihak berkuasa percaya angka korban terus bertambah, termasuk mereka yang hilang. Berikut adalah gambar-gambar Tsunami di Samoa.
samoa tsunami
samoa4_1491981c
Samoa-tsunami-scene-of-de-001
Kira-kira 500 bangunan kediaman di bandar dengan penduduk seramai 900,000 itu runtuh, memerangkap ribuan mangsa. Bandar Padang di Sumatera semalam sudah meragut 200 nyawa dengan ribuan lagi mangsa tertimbus di bawah runtuhan. Berikut adalah gambar-gambar gempa bumi di Sumatera.
eartquake
QUAKE-INDONESIA/
Indonesia Quake
Untuk maklumat lanjut gempa bumi yang sedang berlaku di seluruh dunia sila klik sini!
rising_disaster_graph
Tidakkah anda perasan bahawa bencana alam telah meningkat secara mendadak jika dibandingkan awal kurun ke akhir kurun? Perbezaan yang terlalu ketara. Tujuan artikel ini ditulis adalah bertujuan untuk mengajak anda semua berfikir dan merenung kembali apa yang sebenarnya yang terjadi pada hari ini. Bukanlah berniat untuk menakutkan anda semua. Ingat, hanya Allah yang maha berkuasa dan mengetahui segalanya. Wallahualam...
~21/12/2012 sekadar perkiraan dan simbol.. kiamat itu sendiri rahsia perbehandaraan Allah swt.. Nabi Muhammad saw dan Jibril as sendiri tidak mengetahui rahsia itu. Siapalah kita mahu merobek rahsia Allah swt

Exco Penerangan Persatuan Mahasiswa Islam(I-Rakan) Unisel

Mohd Fitri Bin Othman

"Kalau bukan disini, dimana lagi?,

Kalau bukan sekarang, bila lagi?,

Kalau bukan kita, siapa lagi?"

Tuesday 18 December 2012

Penjenamaan Semula Malaysia di Mata Global



Dimensi ini, kita kian kali serta acap kali mendengar berita nama Malaysia diperdagang di media2 alternatif. Sayang seribu kali sayang. Namun, menyedihkan apabila nama Malaysia diperdagang diatas entiti negatif. Antara berita terkini yang mengetuk dan mewujudkan pemberontakan dalam kalangan akademis ialah pendedahan oleh berita News Channel Asia yang mendedahkan bahawa hutang negara telah mencecah RM 456.1 billion. Angka ini lebih besar berbanding negara Asia lain. Antara berita2 lain yang meruntuhkan identiti Malaysia ialah berita daripada Wall Street Journal yang mendedahkan bahawa Malaysia merupakan antara negara yang paling makmur dengan budaya rasuah. Adalah dengan wadah ini kita mahu Malaysia dikenali?. sudah tiba masanya, kita atur gegak gempita kita. Mahasiswa tegakkan kebenaran, masyarakat lantangkan pandangan, golongan profesional laksanakan penerangan dan bersama2 kita hapuskan kudis dan nanah yang bermarajalela. Kita bina kembali identiti Malaysia daripada cebisan2 yang ditinggalkan oleh petualang bangsa, pengkhianat negara. bersendirian kita kaku ttp bersama kita mampu. 


Dari Abdullah bin 'Amr r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Demi sesungguhnya akan berlaku kepada umatku perkara-perkara yang betul-betulsama seperti apa yang telah berlaku kepada Bani Israil, sehingga jika ada di antara mereka orang yang berzina dengan ibunya dengan berterang-terang, nescaya akan ada dalam kalangan umatku orang yang melakukan perkara yang demikian; dan sesungguhnya kaum Bani Israil telah berpecah belah kepada tujuh puluh duapuak dan umatku pula akan berpecah belah kepada tujuh puluh tiga puak,  semuanya (akan dihumbankan) dalam neraka kecuali satu puak sahaja". Sahabat-sahabat Baginda bertanya: "Siapa dia puak yang satu itu ya Rasulullah? " Bagindamenjawab:  "Puak itu ialah puak yang tetap di atas jalanku dan jalan sahabat-sahabatku." (Tirmizi)

Bersatulah kita dibawah payung satu ummah. Suarakan kebenaran. Ubah apa yang perlu. Revolusi apa yang telah lama bernanah. Transformasi kesalahan dari segenap aspek transisi. Insyaallah, impian untuk mewujudkan sebuah negara Islam yang syumul akan tercapai.
~wujudkanlah kesefahaman dari pihak mahasiswa, ahli politik dan golongan profesional lalu adakan satu perhimpunan yang menyuarakan pendapat dari segenap dimensi. Misalnya, Kamal Adli the Lone Ranger Menjadi suara mahasiswa, Anwar Ibrahim menyuarakan dari perspektif ahli politik yang ditindas dan Syed Mokhtar dari golongan profesional yang menagih hak kesaksamaan dan anti-kronisme.
BERSAMA KITA TAWAN PUTRAJAYA. ALLAHUAKBAR

ALLAH SWT ITU DEKAT DENGAN KITA

Di universiti , kalau kita tak cari agama , agama tak akan cari kita . 

Banyak majlis ilmu dah dianjurkan , tersedia di depan mata , tinggal kita pilih mahu melangkah mencari redhaNya atau lebih senang bersuka ria dengan dunia . Itu pilihan kita , tiada yang akan memaksa . 

Walau kita tak cari Allah , namun Allah tetap ada di sisi kita . 


“Dan sungguh Kami telah menciptakan manusia dan Kami Maha Mengetahui segala yang terselit dalam jiwanya, dan Kami lebih dekat kepadanya dibandingkan urat lehernya”(Q.S Qoof: 16)



Monday 17 December 2012

Merevolusi Kepimpinan Organisasi Yang Tempang dan Lumpuh


Tanbihul Ghafilin (Peringatan bagi yang lupa)
Dengan nama Allah s.w.t. yang Maha Agung, Maha Pemurah, Maha Pengasih, Maha Penyayang, Maha Pengampun dan segala Puji-pujian serta Kebesaran yang selayak dengan Kekuasaan-Nya yang mengandungi Keberkatan, Kelazatan, Kemanisan, Ketenangan dan Ketenteraman yang tidaklah tersembunyi kepada orang yang pernah menyebut nama yang suci itu dan pernah mencintai-Nya buat beberapa lama.
Adakah suatu perubahan itu memberi impak negatif?.. sememang jawapannya tidak. setiap perkara itu didatangi dengan pro dan kontra. tetapi yang lebih penting ialah kita menimbang perkara itu terhadap kecenderungannya samaada memberati kepada pro atau kontra. dalam fokus kali ini kita melihat isu MERUBAH KEPIMPINAN KERAJAAN MALAYSIA atau khususnya daripada UMNO kepada PAS.
Apabila isu ini ditimbulkan, kedengaranlah suara2 sumbang melontarkan komentar negatif. tetapi komentar itu kekal sebagai pendapat. boleh kita terima dan boleh juga kita tolak. Dari 1 paksi perubahan itu amat diperlukan sekarang. hal ini demikian kerana kehendak dan tiupan angin global merintih perubahan. Perubahan kepada beberapa pucuk pimpinan Islam dunia membuka mata masyarakat global untuk menggunakan sistem pemerintahan berpaksikan Islam yang syumul. Antara negara yang menerima perubahan yang positif  ialah Mesir yang dimenangi oleh Ikhwanul Muslimin baru2 ini. Kemenangan mereka telah merintis dan menjadi inspirasi kepada negara2 seperti Malaysia yang kehausan keadilan dan penegakkan agama Islam sebagai Ad-Dinn yang secara total di negara ini.
Marilah kita bersama2 mengubah mentaliti sekular kita. 
Marilah keluar dari kepompong kejumudan masyarakat.
Marilah mengubah destinasi kealpaan kita.
MARILAH MENEGAKKAN ISLAM DI BUMI MALAYSIA
TETAPI, dengan metode apakah yang boleh kita wadahkan???
jawapannya mudah, melalui wadah pilihanraya. Undilah secara waras dan mempertimbangkan kesucian islam. 

"Hidup ini terikat dengan 5 hukum. tidak terlepas suatu perbuatan tanpa ikatan hukum ini iaitu halal,harus,makhruh,sunat dan haram. cuba pertimbangkan hukum mengundi parti yang tidak menegakkan islam secara syumul. tentunya haram"
petikan kata2 mudir pondok tauhid Ar-Rahmaniah Tuan Guru Haji Musa
Konklusi dan deduktifnya, pilihlah parti yang menegakkan Islam sbgai Ad-Din yang syumul demi kebaikan bersama. Terimalah perubahan dengan pemikiran yang terbuka. Insyaalah isu rasuah, penyelewengan dan kroni tidak lagi akan kedengaran.
Sabda junjungan Agung kita semua umat Islam Baginda Rasulullah s.a.w: "Ballighu anni walau aayah" (Sampaikanlah apa yang kamu dapat daripadaku walau hanya satu ayat)
-yang fakir dan hanya menyampaikan, andai wujud salah dan silap mohon diperbetulkan tq

UNISEL Tolak PTPTN. Mahasiswa Jadi Mangsa.


Apa lagi yang mereka akan perkatakan kali ini. PTPTN kini telah menurunkan jumlah bayaran balik pinjaman kepada semua peminjam dan kebanyakkan mahasiswa gembira akan keputusan yang dibuat oleh pihak PTPTN tetapi ada satu isu yang kini menjadi isu besar kepada mahasiswa yang berada di Universiti Industri Selangor (UNISEL).

Mahasiswa UNISEL kini terpaksa menjana wang sendiri untuk membayar yuran pengajian di UNISEL. PENA melihat perkara ini sebagai sesuatu yang membebankan mahasiswa disini. kenapa PENA cakap macam itu?? Sebelum PENA terangkan pasal beban mahasiswa UNISEL nie, PENA nak bagitau korang graft kemasukkan mahasiswa ke UNISEL sejak beberapa tahun ini.


Jumlah pelajar yang masuk ke UNISEL adalah semakin berkurangan saban tahun, perkara ini jelas dan pihak UNISEL sendiri tahu akan data ini. Jumlah kemasukkan semakin berkurangan akibat oleh yuran yang tidak mampu ditanggung oleh mahasiswa disana. Cuba korang bayangkan jika mereka ini tidak memperolehi pinjaman PTPTN?? adakah mereka mampu untuk melanjutkan pelajaran mereka ke UNISEL?? Berikut adalah surat penolakan PTPTN yang diberikan kepada pelajar UNISEL.

Klik Untuk Gamba Lebih Jelas.



UNISEL dan kerajaan negeri mesti bertanggungjawab atas bebanan yang mereka berikan kepada mahasiswa UNISEL. Mahasiswa yang masih mempunyai baki semester di UNISEL terpakasa berhadapan masalah yang besar dalam menjelaskan bayaran yuran pengajian mereka selepas ini akibat pihak UNISEL telah meminta untuk menolak pinjaman PTPTN yang sedia ada. PENA rasa tak ada masalah bagi mereka yang berada tapi bagi yang tidak, mereka tidak mempunyai sumber lain untuk meneruskan pengajian mereka kecuali membuat kerja part time dan ini akan mengganggu pelajaran mereka.

Lagi menyedihkan PENA adalah pelajar yang baru ingin merasa nikmat belajar di universiti terpaksa berhadapan dengan masalah untuk membayar yuran(PENA mungkin menghadapi krisis lebih besar krn mengambil asasi disini). mereka terpaksa memikirkan cara lain untuk memastikan yuran pengajian mereka dijelaskan. Korang boleh bayangkan tak survival mereka di universiti nanti macam mana??

OK laa, kalau korang cakap PTPTN takde tetapi mereka boleh bergantung harap kepada yayasan selangor. PENA nak bagitau korang yang Yayasan Selangor tidak akan memberi pinjaman kepada pelajar yang melanjutkan pelajaran ke DIPLOMA, IJAZAH mahupun SIJIL. yang diorang nak bagi pinjaman adalah kepada pelajar yang melanjutkan pelajaran ke SIJIL KEMAHIRAN. 

Setahu PENA, Menteri Pengajian Tinggi takde pulak cakap yang PTPTN ini ada sekatan untuk pelajar UNISEL, menteri nak pastikan yang PTPTN dapat bagi pinjaman kepada semua tidak kira mahasiswa dari IPTA ataupun IPTS.

Disini PENA nak syorkan kepada SOLIDARITI MAHASISWA MALAYSIAMALAYSIA BANGKIT dan PRO-MAHASISWA untuk menganjurkan OCCUPY DATARAN paling gempak dan terbesar pernah diadakan. FAHMI REZA dan rakan-rakan perlu untuk menolong adik-adik seperti Syahid Zaini dan keluarga, Safwan Anang dan keluarga, Khalid Ismath dan Keluarga, serta LONE RANGER Adam adli.. 
~KALAU KITA BOLEH BERSATU DIBAWAH SATU BUMBUNG, INSYAALLAH, SUARA KITA AKAN MENGEGARKAN PIHAK BERKENAAN... AMINNN

Mahasiswa Dirantai Pemikiran

Bukan mudah merungkai stigma kejumudan yg wujud dlm kalangan mahasiswa/siswi kini. Mentaliti kelas ketiga merantai kadar tindakbalas tonggak negara ini dgn tragis. Mentaliti mereka tidak kritis dan kreatif dlm mengubah dan memberi tidakbalas terhadap apa yg terjadi di sekitar mereka. Marilah bangun menegakkan hak kita sbgai mahasiswa/siswi. Bangun bukan sahaja atas nama politik tp lebih penting atas nama islam yg syumul.
~Ubah persepsi negatif dan cetek mengenai kehidupan. Berikanlah input kepada masyarakat :)

Zaman Jahiliyyah - Roda Masa Berputar Semula


Realitinya, kemodenan dan urbanisasi bukan jaminan sesuatu kaum itu untuk membuktikan tahap pemikiran mereka setaraf dengan kemajuan yang dimiliki. Apa guna bangunan tinggi yg mencakar langit andai akhlak seburuk yahudi dan nasrani?? Apa beza agama kita dengan agama lain andai membangun tanpa prinsip yang kukuh. Islam tidak menolak pembangunan, tp bawalah ketinggian akhlak seiring dengan kemajuan.Daripada Abu Sa’id Al-Khudri ra. berkata, Bahawasanya Rasulullah saw. bersabda, "Kamu akan mengikuti jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka." Sahabat bertanya, "Ya Rasulullah! Apakah Yahudi dan Nashrani yang kau maksudkan?" Nabi saw. menjawab, "Siapa lagi kalau bukan mereka".Bergeraklah kita kehadapan mendokong aspirasi islam untuk mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.

~yahudi dan nasrani juga membangun. Apa beza kita dgn mereka?


Gaza dalam ketidak redhaan hambaMu ini

kami di Malaysia kaku melihat dgn pasrah keadaan saudara di Gaza,
aku tidak redha dgn apa yg terjadi...
terlintas la dlm hati
"Oh israel, bunuhlah mujahid,pejuang,wanita dan anak di gaza, nescaya mereka dijanji syurga, dan kamu telah ditetapkn neraka atas kamu" insyaallah

Dari Anas bin Malik r.a meriwayatkan seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah SAW: Bilakah akan berlaku hari Kiamat wahai Rasulullah? Baginda Rasulullah SAW menjawab: Apakah persiapan engkau untuk hari itu? Dia menjawab: Aku tidak ada persiapan untuk itu dengan banyak bersolat, dan puasa sunat atau pun bersedekah, akan tetapi aku mencintai Allah dan RasulNya. Nabi SAW bersabda: Kamu akan berada bersama dengan orang yang kamu cintai. (HR Bukhari)

Mari kita mengenali Nabi Muhammad SAW
Rasulullah SAW atau nama sebenarnya Muhammad bin Abdullah merupakan seorang manusia yang paling layak untuk dijadikan idola paling unggul di dalam sejarah kehidupan manusia.
Dilahirkan pada pada subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571 Masihi, baginda Rasulullah SAW merupakan insan sempurna yang diiktiraf oleh para sarjana dunia sebagai pemimpi
n paling berpengaruh dan tiada tolok bandingnya sehingga kini.Ketika berusia lima tahun, dada Muhammad SAW telah ‘dibedah’ oleh dua malaikat suruhan Allah SWT untuk membersihkan baginda dari sifat-sifat mazmumah atau pengaruh-pengaruh negatif yang ada pada dirinya.
Bapa baginda, Abdullah bin Abdul Muttalib telah meninggal dunia sebelum baginda dilahirkan dan ibunya Aminah binti Wahab pula wafat ketika baginda berumur 6 tahun yang kemudiannya meletakkannya dibawah jagaan datuknya, Abdul Muttalib bin Hashim.
Setelah datuknya meninggal dunia dua tahun kemudian, Muhammad SAW dipelihara oleh bapa saudaranya, Abu Talib bin Abdul Muttalib, sehingga dewasa.
Muhammad SAW digelar sebagai Al-Amin yang mencerminkan ketinggian intergiti dan akauntabilitinya sebagai individu yang paling dipercayai di kalangan masyarakat Makkah Al-Mukarramah.
Berikut adalah biodata Rasulullah SAW, insan idola bagi seluruh manusia sehingga ke akhir zaman;
Nama :
Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim bin Abdul Manaf bin Qusay bin Kilab bin Murrah bin Ka’ab bin Luway bin Ghalib bin Fihr bin Malik bin Kinanah bin Khuzaimah bin Mudrakah bin Ilyas bin Mudhar bin Nizar bin Ma’add bin Adnan. (Bani Hashim)
Nama bapa :
Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim bin Abdul Manaf bin Qusay bin Kilab bin Murrah bin Ka’ab bin Luway bin Ghalib bin Fihr bin Malik bin Kinanah bin Khuzaimah bin Mudrakah bin Ilyas bin Mudhar bin Nizar bin Ma’add bin Adnan.
Nama ibu :
Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf bin Abdul Manaf bin Zahrah bin Kilab bin Murrah bin Ka’ab bin Luway bin Ghalib bin Fihr bin Malik bin Kinanah bin Khuzaimah bin Mudrakah bin Ilyas bin Mudhar bin Nizar bin Ma’add bin Adnan.
Tempat lahir :
Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.
Tarikh lahir :
Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571 Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Kaabah).
Tarikh wafat : Hari Isnin, 12 Rabiulawal, tahun 11 Hijrah bersamaan 8 Jun, tahun 632 Masihi.
Tempat wafat :
Madinah Al-Munawwarah.
Usia ketika wafat :
63 tahun.
Nama isteri-isteri :
1. Khadijah Binti Khuwailid.
2. Saudah Binti Zam’ah.
3. Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar).
4. Hafsah binti ‘ Umar (anak Saidina ‘ Umar bin Al-Khattab).
5. Ummi Habibah Binti Abu Sufyan.
6. Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah).
7. Zainab Binti Jahsy.
8. Maimunah Binti Harith.
9. Safiyah Binti Huyai bin Akhtab.
10. Zainab Binti Khuzaimah (digelar ‘ Ummu Al-Masakin ‘ ; Ibu Orang Miskin)
*semua ummul mukminin adalah janda melainkan Sayyidatina Aisyah Binti Abu Bakar
Nama anak-anak :
1. Qasim (meninggal semasa kecil)
2. Abdullah (meninggal dunia semasa kecil)
3. Zainab (berkahwin dengan Abu Al-’As
4. Ruqaiyah (berkahwin dengan Uthman bin ‘Affan)
5. Ummi Kalthum (berkahwin dengan Uthman bin ‘Affan)
6. Fatimah Al-Zahra (berkahwin dengan ‘Ali bin Abi Talib)
7. Ibrahim (meniggal dunia semasa kecil)
Bentuk fizikal :
Baginda Rasulullah SAW digambarkan sebagai seorang yang bertubuh tegap dengan ketinggian sederhana dan berkulit kemerah-merahan. Wajahnya tampan dan berambut tidak begitu kerinting serta tidak begitu lurus, namun ikal mencecah ke bahu.
Muhammad SAW juga dikatakan memiliki sepasang mata berwarna hitam pekat, bulu mata yang lentik, bahu yang lebar dan tidak berbulu. Namun diriwayatkan bahawa bahagian dadanya berbulu dan baginda memiliki telapak tangan dan kaki yang tebal.
Riwayat juga menyatakan bahawa ketika berjalan, Rasulullah SAW seolah-olah berjalan menuruni tanah yang lanai dan ketika menoleh, baginda menoleh dengan seluruh badan. Di antar kedua-dua bahu baginda terdapat tanda kenabian.
Selain itu, Muhammad SAW juga dikatakan memiliki janggut yang bersih dan terjaga rapi, berhidung mancung, gigi yang tersusun rapi bercahaya tapi renggang sedikit di bahagian hadapan dan rambutnya dibelah tengah.
Warna kegemaran :
Merah, Putih dan Hijau.
Makanan kegemaran :
Kurma, Bali, Buah Tin dan Anggur.
Sukan kegemaran :
Menunggang kuda, memanah dan berenang.
Peperangan yang disertai :
1. Perang Badar
2. Perang Uhud
3. Perang Bani Nadhir
4. Perang Khandak
5. Perang Bani Qurazhah
6. Perang Khaibar
7. Perang Fathu Makkah
8. Perang Hudaibiyyah
9. Perang Tabuk
Demikianlah sebahagian dari biodata ringkas Muhammad SAW, manusia terulung dan kekasih Allah SAW yang bakal memberikan syafa’at kepada umatnya pada hari kiamat kelak.
Semoga kita ummat Muhammad SAW akan terus kekal meneruskan sunnah baginda selagi hayat dikandung badan dan menjadikannya sebagai idola yang terunggul di dalam hidup kita selamanya, wallahu’alam.
Ketika berusia lima tahun, dada Muhammad SAW telah ‘dibedah’ oleh dua malaikat suruhan Allah SWT untuk membersihkan baginda dari sifat-sifat mazmumah atau pengaruh-pengaruh negatif yang ada pada dirinya.
Bapa baginda, Abdullah bin Abdul Muttalib telah meninggal dunia sebelum baginda dilahirkan dan ibunya Aminah binti Wahab pula wafat ketika baginda berumur 6 tahun yang kemudiannya meletakkannya dibawah jagaan datuknya, Abdul Muttalib bin Hashim.
Setelah datuknya meninggal dunia dua tahun kemudian, Muhammad SAW dipelihara oleh bapa saudaranya, Abu Talib bin Abdul Muttalib, sehingga dewasa.
Muhammad SAW digelar sebagai Al-Amin yang mencerminkan ketinggian intergiti dan akauntabilitinya sebagai individu yang paling dipercayai di kalangan masyarakat Makkah Al-Mukarramah.
Berikut adalah biodata Rasulullah SAW, insan idola bagi seluruh manusia sehingga ke akhir zaman;
Nama :
Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim bin Abdul Manaf bin Qusay bin Kilab bin Murrah bin Ka’ab bin Luway bin Ghalib bin Fihr bin Malik bin Kinanah bin Khuzaimah bin Mudrakah bin Ilyas bin Mudhar bin Nizar bin Ma’add bin Adnan. (Bani Hashim)
Nama bapa :
Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim bin Abdul Manaf bin Qusay bin Kilab bin Murrah bin Ka’ab bin Luway bin Ghalib bin Fihr bin Malik bin Kinanah bin Khuzaimah bin Mudrakah bin Ilyas bin Mudhar bin Nizar bin Ma’add bin Adnan.
Nama ibu :
Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf bin Abdul Manaf bin Zahrah bin Kilab bin Murrah bin Ka’ab bin Luway bin Ghalib bin Fihr bin Malik bin Kinanah bin Khuzaimah bin Mudrakah bin Ilyas bin Mudhar bin Nizar bin Ma’add bin Adnan.
Tempat lahir :
Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.
Tarikh lahir :
Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571 Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Kaabah).
Tarikh wafat : Hari Isnin, 12 Rabiulawal, tahun 11 Hijrah bersamaan 8 Jun, tahun 632 Masihi.
Tempat wafat :
Madinah Al-Munawwarah.
Usia ketika wafat :
63 tahun.
Nama isteri-isteri :
1. Khadijah Binti Khuwailid.
2. Saudah Binti Zam’ah.
3. Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar).
4. Hafsah binti ‘ Umar (anak Saidina ‘ Umar bin Al-Khattab).
5. Ummi Habibah Binti Abu Sufyan.
6. Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah).
7. Zainab Binti Jahsy.
8. Maimunah Binti Harith.
9. Safiyah Binti Huyai bin Akhtab.
10. Zainab Binti Khuzaimah (digelar ‘ Ummu Al-Masakin ‘ ; Ibu Orang Miskin)
*semua ummul mukminin adalah janda melainkan Sayyidatina Aisyah Binti Abu Bakar
Nama anak-anak :
1. Qasim (meninggal semasa kecil)
2. Abdullah (meninggal dunia semasa kecil)
3. Zainab (berkahwin dengan Abu Al-’As
4. Ruqaiyah (berkahwin dengan Uthman bin ‘Affan)
5. Ummi Kalthum (berkahwin dengan Uthman bin ‘Affan)
6. Fatimah Al-Zahra (berkahwin dengan ‘Ali bin Abi Talib)
7. Ibrahim (meniggal dunia semasa kecil)
Bentuk fizikal :
Baginda Rasulullah SAW digambarkan sebagai seorang yang bertubuh tegap dengan ketinggian sederhana dan berkulit kemerah-merahan. Wajahnya tampan dan berambut tidak begitu kerinting serta tidak begitu lurus, namun ikal mencecah ke bahu.
Muhammad SAW juga dikatakan memiliki sepasang mata berwarna hitam pekat, bulu mata yang lentik, bahu yang lebar dan tidak berbulu. Namun diriwayatkan bahawa bahagian dadanya berbulu dan baginda memiliki telapak tangan dan kaki yang tebal.
Riwayat juga menyatakan bahawa ketika berjalan, Rasulullah SAW seolah-olah berjalan menuruni tanah yang lanai dan ketika menoleh, baginda menoleh dengan seluruh badan. Di antar kedua-dua bahu baginda terdapat tanda kenabian.
Selain itu, Muhammad SAW juga dikatakan memiliki janggut yang bersih dan terjaga rapi, berhidung mancung, gigi yang tersusun rapi bercahaya tapi renggang sedikit di bahagian hadapan dan rambutnya dibelah tengah.
Warna kegemaran :
Merah, Putih dan Hijau.
Makanan kegemaran :
Kurma, Bali, Buah Tin dan Anggur.
Sukan kegemaran :
Menunggang kuda, memanah dan berenang.
Peperangan yang disertai :
1. Perang Badar
2. Perang Uhud
3. Perang Bani Nadhir
4. Perang Khandak
5. Perang Bani Qurazhah
6. Perang Khaibar
7. Perang Fathu Makkah
8. Perang Hudaibiyyah
9. Perang Tabuk
Demikianlah sebahagian dari biodata ringkas Muhammad SAW, manusia terulung dan kekasih Allah SAW yang bakal memberikan syafa’at kepada umatnya pada hari kiamat kelak.
Semoga kita ummat Muhammad SAW akan terus kekal meneruskan sunnah baginda selagi hayat dikandung badan dan menjadikannya sebagai idola yang terunggul di dalam hidup kita selamanya, wallahu’alam.

Amanat Shaikh Muhammad Ali as-Sobuni kpd rakyat Malaysia!

~sempena lawatan beliau pada ke Malaysia pada disember 2012


BERIKUT IALAH BEBERAPA PENJELASAN BELIAU MENGENAI SITUASI DI SYRIA SEKARANG

Syeikh mengatakan ada 3 sebab negara Syiria lebih DIUTAMAKAN dari Palestine untuk jihad:
1)Beliau mengatakan keadaan di Syiria lebih teruk dari Palestine.. Umat Islam telah ramai dibunuh dgn kejam.. Banding dgn Palestine, walau bertahun2 telah dijajah dizalimi, IBARAT kematian rakyat palastine 60 ribu org pad tempoh 60 tahun..
Tapi di Syiria.. 60 ribu yg telah TERKORBAN dgn HANYATEMPOH 2 TAHUN kekejaman berlaku.. tapi itu baru yang diwar2kn.. yg ditulis.. tapi disebaliknya ada lagi kematian yg tidak direkod berpuluh2 ribu lg kematian..
2) Sebab telah keluarnya fatwa dari ulama-ulama seluruh dunia, mereka bdasarkn Quran dan Sunnah melihat keutamaan negara Syiria tu yg istimewa.. dimana bumi Syiria adalah bumi Dimasyh: tempat Nabi Isa akan turun nanti, Syam Syiria.. dan Imam Mahdi mengikut dalil al-Quran..
3) Jadi jihad di negara Syiria kerana bantu syiria ibarat bantu Palestine.. tapi isu di Syiria ramai org tak tahu brbanding dgn Palestine.. di Syiria tidak dibenarkan diwar2kan sgala mklumat, tiada media..tidak benarkan bantuan masuk pun.
kata sheikh, "tiada satu pun masjid di syiria yg tidak dibom!", masjid di hina..org Syiah mencabuli wanita ahli sunnah dlm masjid.
di Syiria tiada Hospital untuk bantu org Sunnah.. jika mereka dibom,mereka dibiarkn macam tu je..kesakitan hingga mati. si emak tak boleh tolong dan akan rahsiakn kematian ahli keluarganya, jika tidak akn ditangkap dn dibunuh juga..
SYIAH buat kekejaman sbb dia brpegang bahawa halal darah ahli sunnah wal jamaah.. mereka percaya jika dpt sembelih ahli sunnah, darahnya di bumi ni..akan dpt bangkitkn ketua mereka nanti iaitu: al Masih ad Dajal laknatullah!!!
*jadi Ulama TU PESAN: , mereka taknak bantuan hanya duit sbb bukan boleh bawa masuk di syiria, bukan hanya doa kita2 je.. tapi beliau PESAN: sampaikanlah kepada yg lain.. ambil tahu cakna tentang negara Syiria, agar semua tahu dn brsatu..
*Beliau PESAN LAGI: pilihlah PEMIMPIN yg BENAR2 NK BAWA ISLAM UNTUK NEGARA.. krana pmimpin yg benar2 kpd Islam je yg boleh prcaya.. yg lain tiada pmbawakn kpd Islam yg sbenar..
RENUNG2KANLAH...

                                                         

Wednesday 30 May 2012

kembali sebagai STUDENT

I'M IN IT!!

ASSALAMUALAIKUM....

ha3... lama x update blog... anyway sekarang aku sambung study kat UNISEL... overall ok la kat sini... xde la masalah yg mcm selalu aku dengar tu... propa betul la orang mengata tu... padehal ok je aku kat sini... x paham aku... aku abik ASASI TESL... of course ramai pompuan dari laki tp kami laki ni x rapat lg dgn pompuan... maybe xde mood lg kot nak bermesra... insyaallah nanti ok... kepada membe2 aku yg sambung matrik, poli, or just form six i just want to wish you good luck in your study... 

based on the pic, are you ready to start it all again???

Saturday 7 April 2012

DIA YG MENANGIS KETIKA HARI LAHIR KITA...

masa hari lahir kita boleh tgk org ketawa, senyum, melawak ketika tu tp tahukah ada yg menangis waktu hari lahir kita.. ya x lain dan x bukan ibu kita... bila kita lahir, kesakitan yg ditanggung amat perit... anyway thank mak sbb hari birthday aku... aku dpt mcm2 hadiah.. antaranya dompet,kain tuala, baju n yg paling special kasut t90.. mmg aku suka kat kasut tu tp aku lg suka tuan yg bg he3... thanks am... hope tahun depan dpt sambut lg.. lastly, umo aku dah 18.. boleh at mcm2 doe... he3... thanks pada suma yg wish tadi ok...

Thursday 5 April 2012

BERKAHWIN KETIKA BELAJAR,BERCINTA DI MAHLIGAI KEJAYAAN

aku wat post ni sebab malam ni rancangan SEMANIS KURMA tgh hangat bincang pasal isu ni.... bg aku benda ni jgn soal sgt sebab bagus la kalau diaorg nak kawin... cuba korang bayangkan mana lebih baik maksiat ke kawin???.. of course la kawin kan... tp pastikan mempunyai 'tiang' yg kukuh dulu.. 'tiang' ni maksudnya kewangan, perancangan keluarga n byk lg... aku pon paham remaja skrg ni sbb aku pon baru habis SPM... masa aku SPM dulu pon ada sahabat istimewa jugak... alhamdulillah sampai sekarang aku still kawan dgn dia... in fact baru semalam cukup la setahun kami kawan... sebenarnya byk jugak dia tolong aku masa belajar dulu... time aku frust dia yg semangatkan aku balik... keja2 aku pon dia byk tolong... aku lemah math... tu pon dia tolong aku... alhamdulillah allah swt berikan dia kat aku... aku harap aku akan bahagia dgn dia selamanya... amin... anyway masing2 ada pendapat sendiri... ikut korang la... bg aku benda ni patut dipandang positif n dipraktikkan dgn positif... apa2 pon kena jga batasan tau... kembali kpd fitrah islam la.... insyaallah

Wednesday 4 April 2012

PENGALAMAN YG BERZAMAN X DILUPA HINGGA NAK DILUPAKAN??

benda ni mesti penah berlaku kat korang... korang mesti penah sembang dgn org tua2 pastu tetiba diaorg cita pasal pengalaman diaorg kn... pasal jepun la, sekolah dulu2 la, zaman diaorg sekolah la n byk lg... tp mesti korang mcm nak x nak je kan dgr??... sbb bg kita pengalaman tu x penting pon bg kita... n xdak kena mengena pon dgn kita... sbb tu la aku wat propa letak tajuk 'PENGALAMAN YG BERZAMAN X DILUPA HINGGA NAK DILUPAKAN??'.. sbb pe tajuk tu aku pilih??.. sbb pengalaman yg org tua2 tu mesti diaorg nak ingat tp kita mesti nak lupakan... bg aku benda ni relevan la... n mesti akan jd karma punya la bila kita tua2 nanti.. kita mesti nak cita kat cucu2 kita kan tp nanti diaorg plak wat bodoh je benda tu... nanti mesti kita akan kata kat cucu kita lebih kurang mcm ni "ekau beruntong belajar dgn ipad kat sekolah, siap boleh chatting2 dgn cikgu lg.. nanny dulu pegang pensil dgn buku sekampit pegi sekolah".. mcm la terok sgt tp mcm aku kata la kat post aku yg bab "AKU BANGGA JD ANAK MALAYSIA" yg lalu, org malaysia ni kalau cita mesti cita tu akan jd luar biasa dari realiti.... lastly, aku pon x la suka dgr sgt cita2 org tua2 ni tp at least aku hargai mereka... bak kata pepatah tiada lama, tiada baru... sekian

Tuesday 3 April 2012

HARI KARNIVAL KEUSAHAWANAN

wahhh... bg aku sepatutnya suma sekolah kat alam semester ni wat sambutan ni... masa hari ni la nak belajar jd usahawan.. boleh jual2 walaupun hanya member2 yg baik je nak beli... tp yg top mesti la rumah hantu beb... of course x leh sewa hantu betul, cuma olok2 ja.... tu pon ada sampai histeria he3.. aku masa sekolah first time wat hari karnival keusahawanan ni aku join rumah hantu tp second year aku ikut pembimbing rakan sebaya jual roti apa tah tp sedap kot... lgpon ada pembakar semangat kat sebelah he3.... bayak gak gerai yg bukak hari tu... hampir 20 gerai jugak la....walaupon x sedap tp mesti laku punya la... ye la budak2 mmg kebuloq tahap gaban punya.... anyway kupon boleh guna sehari ja... nak habiskan rm 10 dalam masa sehari.. kerja mudah la kat budak2 sekolah ni.... rm 100 3 hari boleh clear... cikgu2 pon masa ni la nak rekrut budak2 spy bekerjasama waktu ni... bagus jugak aktiviti ni sbb boleh release tention suma org... cikgu pon x la marah2 sgt... aku ingat lg cikgu BM aku nama Cikgu Mahazi punya perniagaan... dia berniaga kerepek tp x laku sgt... pastu dia lanjutkan perniagaan sampai 2 3 hari walaupon x dak gerai... dia jual kat meja dia ja... dia plak jenis ikhlas so dia jual 3 rm 10... aku pon rembat 3.... boleh bg kat member2... aku pon dok asrama... geng2 melantak byk he3....

Senda Sendu Hempedu #2

sakit apa yg paling sakit????

Monday 2 April 2012

AKU BANGGA JADI ORANG MALAYSIA!!!!!

Ada banyak sebab yg membuatkan aku bangga jadi org malaysia.... ni list tentang apa yg aku bangga sebagai rakyat malaysia...
  1. satu2nya kaum kat dunia yg melatah.. org putih pon x melatah...salah 1elemen menarik ketika merewang kat umah kenduri ialah mengusik mak cik2 yg kuat melatah sampai keluar air mata dia he3..
  2. satu2nya kaum jugak kat dunia yg menikmati keuntungan ketika pilihan raya.. sebab ketika inilah pelbagai benda kita dapat... contoh nya rm 500, setiap aduan yg dibuat akan dipantau sendiri oleh ahli parlimen(kira mcm turun padang la) tp x selesai pon masalah n byk lg kelebihan org malaysia dapat ketika pilihan raya he3
  3. satu lg sebb ialah org malaysia "we state the obvious". apa yg kita nampak itu yg kita kata.. contohnya kalau bapa hussin keja tanam tauge kita akan panggil dia hussin tauge, kalau kita nampak org botak kita panggil dia oiii botak, kalau boroi kita panggil oiii boroi atau oooii gendut, sebab tu la org malaysia ada byk nama samaran spt lan cicak,kassim cendol, man roket(sebab rajin mencuri kot)
  4. student kat malaysia ialah student yg paling kaya di dunia.. seriously, sebab belom habis belajar je dah tau brapa puluh ribu nak guna n kena ada untuk bayar ptptn
  5. pertanyaan org malaysia ialah pertanyaan yg paling sempoi kat dunia.... cntohnya kita dah nampak org tu pegang timba tengah basuh keta.... tetiba kita mesti tanya "tengah basuh keta ke org sebelah?"... ???????... apa punya soalan la....
  6. n lastly, org malaysia mmg x berkira bila cita pasal pengalaman... sebab kalau diorg cita mmg akan jd lebih menakjubkan dari realiti... cntohnya bla bercerita pengalaman bersunat, mesti dia cita pasal golok, gaji enjin, n pisau besar lg tajam.. smpai terketar2 lutut budak dengar he3... 
n itulah sebab aku bangga jd rakyat malaysia... satu2nya negara kat dunia yg ada ciri2 diatas.. sbnarnya byk g tp nanti2 la kita kongsi lagi ok.. :p

Senda Sendu Hempedu #1

KISAH KEMALASAN PAK HUSSIN TAUGE(AKU PON XTAU APA JENIS NAMA... TP ORG MELAYU MMG SUKA LETAK NAMA PELIK2 KAT ORG)


Pak Hussin Tauge seorang yg amat malas.. kerjanya sgt mudah n rutin.. bangun,makan,lena,termenung,tido.... dia mempunyai seorg isteri bernama Mak Yati Cabai(mcm biasa la he3)... dia mendapat gelaran itu kerana mulut nya mcm cabai... pot pet pot pet( typical la untuk org pompuan kan).... suatu pagi Mak Yati Cabai menyuruh@memaksa suaminya untuk pergi motong(menoreh) kat kebun diaorg... Pak Hussin Tauge dgn penuh malas menuju ke kebun... tp lima belas minit kemudian dia sampai ke rumah semula... Mak Yati Cabai pon meleteri suaminya itu... Mak Timah Cabai bertanya kenapa suaminya kenapa awal pulang... Pak Hussin Tauge pon berkata " on the way saya nak ke sana tetiba ada signboard 'dilarang memotong' so saya pon balik la, saya x nak lawan arahan kerajaan he3".. selamat lah dia tido berselimut buat selama2nya dikerjakan Mak Yati Cabai...

JASA IBU DAN AYAH


Bila mak kata dia teringat..kita jawab kita sibuk sangat..
Bila ayah kata dia rindu..kita jawab nantilah hujung minggu..
Bila mak minta kita pulang..kita jawab kita belum lapang..
Bila ayah minta kita singgah..kita jawab kerja kita belum selesai..

Bila hati kita terguris..kita kata "Mak memang tak pernah faham"
Bila hati kita terhiris..kita kata "Ayah memang tak ambil kisah"

TETAPI...


Bila hati mak kita terguris..mak kata "Tak apa,dia masih muda"
Bila hati ayah kita terhiris..ayah kata "Tak mengapa,belum sampai akalnya"

Bila kita menangis tanda lapar..mak berlari hingga bagai hilang kaki...
Bila kita merintih tanda derita..ayah bersengkang mata bagaikan tiada lena...

Bila kita sedih kerana gagal..mak setia membekalkan cekal...
Bila kita pilu kerana kecewa..ayah teguh berkata dia tetap bangga...

♥ Maka,hargailah dan sayangilah selagi mereka masih ada di dunia ♥
~ Anak yang soleh tidak akan melupakan ibu bapanya hatta di hujung doanya, maka perbanyakkanlah berdoa kepada mereka..Sayangi dan hargailah mereka~

notes :- aku pon kdg2 failed jugak benda2 mcm ni tp ini untuk renungan bersama la 

lelaki : COMPLICATED VS LIMITED

"wahh x guna punya jantan, suka2 wat perangai.. complicated betul la kaum lelaki ni".. korang mesti dgr benda2 mcm ni kan... kompom la.. mmg kita manusia ni kadang2 ada masalah gender buyers sikit... maksudnya melebihkan kaum sendiri... jgn risau aku pon mcm tu jugak... tp hari ni aku nak kupas sikit benda ni secara seimbang... kira aku dok atas pagar la ni.... ermmm, mmg laki ni kadang2 complicated aku akui.. kadang2 benda kecik pon jd bahan@mangsa... kadang2 plak ada yg langsung x boleh terima pandangan org len terutama sekali pompuan... org pompuan plak mcm wat xpaham...terima la kekurangan kami ni...

anyway, jgn salahkan ego kami kaum adam... ada sebabnya jugak.. sebab kalau pompuan asyik provok dan memulaukan kaum lelaki, pompuan mau kawin dgn sapa??.... so belajar terima la... jgn lari dari masalah tp hadapi masalah itu.. kalau dah menyelam x boleh, berenang kat permukaan dah la... at least try hadapi situasi tu... kena ingat la wahai kaum hawa, kaum adam ni limited sekarang... kurang bilangannya.. jadi hargai mereka seadanya...

hargailah insan brnama kaum adam so harap org pompuan paham la ye... sekian

Sunday 1 April 2012

woooooooooooowwwww.... exploding spm..

sebenarnya mungkin bg korang bnda ni xla 'exploding' sgt tp bg aku yg ada kat situ boleh rasa debarannya... pagi tu aku saja p sekolah lambat dgn harapan org lain cepat... rupa2nya suma org pikir sama mcm aku... kononnya nak p sekolah lambat... xpa la itu satu hal, mai hal satu lg ni... aku jenuh doa nak bg result aku elok... iyala abg aku mcm nak sgt aku dpt spm elok... alhamdulillah aku dpt result ok la.... x la sampai boleh bg ucapan tp cukupla nak naik pentas... antara yg naik ialah aqilah nadirah bt ayob khan, muhamad shahir b mohmad ali,fatin syazwani, fatin(5sn), nurfazilah hanim(5sn), MOHD FITRI BIN OTHMAN(muka mcm aaron aziz tu he3),nazirah othman(5sn),syuhada(5sn),syafara nani(5sn),fitri harun@bae,fazira,shuhaida,ina(5ku),nurshazila,yg last ni aku lupa nama tp bekas awek wan hu3.....

aku bangga tengok org mcm hanim bg ucapan... mantap gila.. yg si shahir plak gila2.... X-Y akhirnya Y jatuh... sbb Y satu kaki...???... x berasas.. tp anyway itu hak dia... sapa suruh aku x dapat byk A untuk mmbolehkan aku bg ucapan betul x???.... cakap pasal ucapan, korang mesti perasan kan kalau ada org bg ucapan mesti akan jd klise iaitu perkara yg semua org akan buat... contohnya ucapan terima kasih kpd ibu, bapa, guru n rakan2(kalau dia ingat la)... xdak pon org bg ucapan yg memuji diri dia hingga melangit... contohnya, aku belajar sendiri, cikgu x tolong, mak pak aku x kuar belanja pon untuk aku ke sekolah, aku berjaya sebab usaha aku sendiri... kalau ada bg ucapan mcm ni mmg la dia mangkuk yg paling hayun di dunia...
lasty, kpd yg berjaya jgn lupa diri n kpd yg kurang berjaya jgn risau, elbert einstein pon xdak spm tp masih berjaya he3.... disebabkan aku x layak wat ucapan hari tu so kat sini aku nak ucapkan terima kasih kat mak pak aku sbb berjayakan aku, juga jutaan terima kasih kpd cikgu yg membentuk aku... trillion terima kasih kat membe2 yg sabar n dorong aku... n a special thanks to "somebody" yg sanggup tahan dgn kerenah aku dan byk bg semangat untuk aku berjaya thanks am....
apa2 pon see u d ipt ye suma... amin...