Monday 17 December 2012

Merevolusi Kepimpinan Organisasi Yang Tempang dan Lumpuh


Tanbihul Ghafilin (Peringatan bagi yang lupa)
Dengan nama Allah s.w.t. yang Maha Agung, Maha Pemurah, Maha Pengasih, Maha Penyayang, Maha Pengampun dan segala Puji-pujian serta Kebesaran yang selayak dengan Kekuasaan-Nya yang mengandungi Keberkatan, Kelazatan, Kemanisan, Ketenangan dan Ketenteraman yang tidaklah tersembunyi kepada orang yang pernah menyebut nama yang suci itu dan pernah mencintai-Nya buat beberapa lama.
Adakah suatu perubahan itu memberi impak negatif?.. sememang jawapannya tidak. setiap perkara itu didatangi dengan pro dan kontra. tetapi yang lebih penting ialah kita menimbang perkara itu terhadap kecenderungannya samaada memberati kepada pro atau kontra. dalam fokus kali ini kita melihat isu MERUBAH KEPIMPINAN KERAJAAN MALAYSIA atau khususnya daripada UMNO kepada PAS.
Apabila isu ini ditimbulkan, kedengaranlah suara2 sumbang melontarkan komentar negatif. tetapi komentar itu kekal sebagai pendapat. boleh kita terima dan boleh juga kita tolak. Dari 1 paksi perubahan itu amat diperlukan sekarang. hal ini demikian kerana kehendak dan tiupan angin global merintih perubahan. Perubahan kepada beberapa pucuk pimpinan Islam dunia membuka mata masyarakat global untuk menggunakan sistem pemerintahan berpaksikan Islam yang syumul. Antara negara yang menerima perubahan yang positif  ialah Mesir yang dimenangi oleh Ikhwanul Muslimin baru2 ini. Kemenangan mereka telah merintis dan menjadi inspirasi kepada negara2 seperti Malaysia yang kehausan keadilan dan penegakkan agama Islam sebagai Ad-Dinn yang secara total di negara ini.
Marilah kita bersama2 mengubah mentaliti sekular kita. 
Marilah keluar dari kepompong kejumudan masyarakat.
Marilah mengubah destinasi kealpaan kita.
MARILAH MENEGAKKAN ISLAM DI BUMI MALAYSIA
TETAPI, dengan metode apakah yang boleh kita wadahkan???
jawapannya mudah, melalui wadah pilihanraya. Undilah secara waras dan mempertimbangkan kesucian islam. 

"Hidup ini terikat dengan 5 hukum. tidak terlepas suatu perbuatan tanpa ikatan hukum ini iaitu halal,harus,makhruh,sunat dan haram. cuba pertimbangkan hukum mengundi parti yang tidak menegakkan islam secara syumul. tentunya haram"
petikan kata2 mudir pondok tauhid Ar-Rahmaniah Tuan Guru Haji Musa
Konklusi dan deduktifnya, pilihlah parti yang menegakkan Islam sbgai Ad-Din yang syumul demi kebaikan bersama. Terimalah perubahan dengan pemikiran yang terbuka. Insyaalah isu rasuah, penyelewengan dan kroni tidak lagi akan kedengaran.
Sabda junjungan Agung kita semua umat Islam Baginda Rasulullah s.a.w: "Ballighu anni walau aayah" (Sampaikanlah apa yang kamu dapat daripadaku walau hanya satu ayat)
-yang fakir dan hanya menyampaikan, andai wujud salah dan silap mohon diperbetulkan tq

No comments:

Post a Comment