Tuesday 18 December 2012

Penjenamaan Semula Malaysia di Mata Global



Dimensi ini, kita kian kali serta acap kali mendengar berita nama Malaysia diperdagang di media2 alternatif. Sayang seribu kali sayang. Namun, menyedihkan apabila nama Malaysia diperdagang diatas entiti negatif. Antara berita terkini yang mengetuk dan mewujudkan pemberontakan dalam kalangan akademis ialah pendedahan oleh berita News Channel Asia yang mendedahkan bahawa hutang negara telah mencecah RM 456.1 billion. Angka ini lebih besar berbanding negara Asia lain. Antara berita2 lain yang meruntuhkan identiti Malaysia ialah berita daripada Wall Street Journal yang mendedahkan bahawa Malaysia merupakan antara negara yang paling makmur dengan budaya rasuah. Adalah dengan wadah ini kita mahu Malaysia dikenali?. sudah tiba masanya, kita atur gegak gempita kita. Mahasiswa tegakkan kebenaran, masyarakat lantangkan pandangan, golongan profesional laksanakan penerangan dan bersama2 kita hapuskan kudis dan nanah yang bermarajalela. Kita bina kembali identiti Malaysia daripada cebisan2 yang ditinggalkan oleh petualang bangsa, pengkhianat negara. bersendirian kita kaku ttp bersama kita mampu. 


Dari Abdullah bin 'Amr r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Demi sesungguhnya akan berlaku kepada umatku perkara-perkara yang betul-betulsama seperti apa yang telah berlaku kepada Bani Israil, sehingga jika ada di antara mereka orang yang berzina dengan ibunya dengan berterang-terang, nescaya akan ada dalam kalangan umatku orang yang melakukan perkara yang demikian; dan sesungguhnya kaum Bani Israil telah berpecah belah kepada tujuh puluh duapuak dan umatku pula akan berpecah belah kepada tujuh puluh tiga puak,  semuanya (akan dihumbankan) dalam neraka kecuali satu puak sahaja". Sahabat-sahabat Baginda bertanya: "Siapa dia puak yang satu itu ya Rasulullah? " Bagindamenjawab:  "Puak itu ialah puak yang tetap di atas jalanku dan jalan sahabat-sahabatku." (Tirmizi)

Bersatulah kita dibawah payung satu ummah. Suarakan kebenaran. Ubah apa yang perlu. Revolusi apa yang telah lama bernanah. Transformasi kesalahan dari segenap aspek transisi. Insyaallah, impian untuk mewujudkan sebuah negara Islam yang syumul akan tercapai.
~wujudkanlah kesefahaman dari pihak mahasiswa, ahli politik dan golongan profesional lalu adakan satu perhimpunan yang menyuarakan pendapat dari segenap dimensi. Misalnya, Kamal Adli the Lone Ranger Menjadi suara mahasiswa, Anwar Ibrahim menyuarakan dari perspektif ahli politik yang ditindas dan Syed Mokhtar dari golongan profesional yang menagih hak kesaksamaan dan anti-kronisme.
BERSAMA KITA TAWAN PUTRAJAYA. ALLAHUAKBAR

No comments:

Post a Comment