Saturday 7 April 2012

DIA YG MENANGIS KETIKA HARI LAHIR KITA...

masa hari lahir kita boleh tgk org ketawa, senyum, melawak ketika tu tp tahukah ada yg menangis waktu hari lahir kita.. ya x lain dan x bukan ibu kita... bila kita lahir, kesakitan yg ditanggung amat perit... anyway thank mak sbb hari birthday aku... aku dpt mcm2 hadiah.. antaranya dompet,kain tuala, baju n yg paling special kasut t90.. mmg aku suka kat kasut tu tp aku lg suka tuan yg bg he3... thanks am... hope tahun depan dpt sambut lg.. lastly, umo aku dah 18.. boleh at mcm2 doe... he3... thanks pada suma yg wish tadi ok...

Thursday 5 April 2012

BERKAHWIN KETIKA BELAJAR,BERCINTA DI MAHLIGAI KEJAYAAN

aku wat post ni sebab malam ni rancangan SEMANIS KURMA tgh hangat bincang pasal isu ni.... bg aku benda ni jgn soal sgt sebab bagus la kalau diaorg nak kawin... cuba korang bayangkan mana lebih baik maksiat ke kawin???.. of course la kawin kan... tp pastikan mempunyai 'tiang' yg kukuh dulu.. 'tiang' ni maksudnya kewangan, perancangan keluarga n byk lg... aku pon paham remaja skrg ni sbb aku pon baru habis SPM... masa aku SPM dulu pon ada sahabat istimewa jugak... alhamdulillah sampai sekarang aku still kawan dgn dia... in fact baru semalam cukup la setahun kami kawan... sebenarnya byk jugak dia tolong aku masa belajar dulu... time aku frust dia yg semangatkan aku balik... keja2 aku pon dia byk tolong... aku lemah math... tu pon dia tolong aku... alhamdulillah allah swt berikan dia kat aku... aku harap aku akan bahagia dgn dia selamanya... amin... anyway masing2 ada pendapat sendiri... ikut korang la... bg aku benda ni patut dipandang positif n dipraktikkan dgn positif... apa2 pon kena jga batasan tau... kembali kpd fitrah islam la.... insyaallah

Wednesday 4 April 2012

PENGALAMAN YG BERZAMAN X DILUPA HINGGA NAK DILUPAKAN??

benda ni mesti penah berlaku kat korang... korang mesti penah sembang dgn org tua2 pastu tetiba diaorg cita pasal pengalaman diaorg kn... pasal jepun la, sekolah dulu2 la, zaman diaorg sekolah la n byk lg... tp mesti korang mcm nak x nak je kan dgr??... sbb bg kita pengalaman tu x penting pon bg kita... n xdak kena mengena pon dgn kita... sbb tu la aku wat propa letak tajuk 'PENGALAMAN YG BERZAMAN X DILUPA HINGGA NAK DILUPAKAN??'.. sbb pe tajuk tu aku pilih??.. sbb pengalaman yg org tua2 tu mesti diaorg nak ingat tp kita mesti nak lupakan... bg aku benda ni relevan la... n mesti akan jd karma punya la bila kita tua2 nanti.. kita mesti nak cita kat cucu2 kita kan tp nanti diaorg plak wat bodoh je benda tu... nanti mesti kita akan kata kat cucu kita lebih kurang mcm ni "ekau beruntong belajar dgn ipad kat sekolah, siap boleh chatting2 dgn cikgu lg.. nanny dulu pegang pensil dgn buku sekampit pegi sekolah".. mcm la terok sgt tp mcm aku kata la kat post aku yg bab "AKU BANGGA JD ANAK MALAYSIA" yg lalu, org malaysia ni kalau cita mesti cita tu akan jd luar biasa dari realiti.... lastly, aku pon x la suka dgr sgt cita2 org tua2 ni tp at least aku hargai mereka... bak kata pepatah tiada lama, tiada baru... sekian

Tuesday 3 April 2012

HARI KARNIVAL KEUSAHAWANAN

wahhh... bg aku sepatutnya suma sekolah kat alam semester ni wat sambutan ni... masa hari ni la nak belajar jd usahawan.. boleh jual2 walaupun hanya member2 yg baik je nak beli... tp yg top mesti la rumah hantu beb... of course x leh sewa hantu betul, cuma olok2 ja.... tu pon ada sampai histeria he3.. aku masa sekolah first time wat hari karnival keusahawanan ni aku join rumah hantu tp second year aku ikut pembimbing rakan sebaya jual roti apa tah tp sedap kot... lgpon ada pembakar semangat kat sebelah he3.... bayak gak gerai yg bukak hari tu... hampir 20 gerai jugak la....walaupon x sedap tp mesti laku punya la... ye la budak2 mmg kebuloq tahap gaban punya.... anyway kupon boleh guna sehari ja... nak habiskan rm 10 dalam masa sehari.. kerja mudah la kat budak2 sekolah ni.... rm 100 3 hari boleh clear... cikgu2 pon masa ni la nak rekrut budak2 spy bekerjasama waktu ni... bagus jugak aktiviti ni sbb boleh release tention suma org... cikgu pon x la marah2 sgt... aku ingat lg cikgu BM aku nama Cikgu Mahazi punya perniagaan... dia berniaga kerepek tp x laku sgt... pastu dia lanjutkan perniagaan sampai 2 3 hari walaupon x dak gerai... dia jual kat meja dia ja... dia plak jenis ikhlas so dia jual 3 rm 10... aku pon rembat 3.... boleh bg kat member2... aku pon dok asrama... geng2 melantak byk he3....

Senda Sendu Hempedu #2

sakit apa yg paling sakit????

Monday 2 April 2012

AKU BANGGA JADI ORANG MALAYSIA!!!!!

Ada banyak sebab yg membuatkan aku bangga jadi org malaysia.... ni list tentang apa yg aku bangga sebagai rakyat malaysia...
  1. satu2nya kaum kat dunia yg melatah.. org putih pon x melatah...salah 1elemen menarik ketika merewang kat umah kenduri ialah mengusik mak cik2 yg kuat melatah sampai keluar air mata dia he3..
  2. satu2nya kaum jugak kat dunia yg menikmati keuntungan ketika pilihan raya.. sebab ketika inilah pelbagai benda kita dapat... contoh nya rm 500, setiap aduan yg dibuat akan dipantau sendiri oleh ahli parlimen(kira mcm turun padang la) tp x selesai pon masalah n byk lg kelebihan org malaysia dapat ketika pilihan raya he3
  3. satu lg sebb ialah org malaysia "we state the obvious". apa yg kita nampak itu yg kita kata.. contohnya kalau bapa hussin keja tanam tauge kita akan panggil dia hussin tauge, kalau kita nampak org botak kita panggil dia oiii botak, kalau boroi kita panggil oiii boroi atau oooii gendut, sebab tu la org malaysia ada byk nama samaran spt lan cicak,kassim cendol, man roket(sebab rajin mencuri kot)
  4. student kat malaysia ialah student yg paling kaya di dunia.. seriously, sebab belom habis belajar je dah tau brapa puluh ribu nak guna n kena ada untuk bayar ptptn
  5. pertanyaan org malaysia ialah pertanyaan yg paling sempoi kat dunia.... cntohnya kita dah nampak org tu pegang timba tengah basuh keta.... tetiba kita mesti tanya "tengah basuh keta ke org sebelah?"... ???????... apa punya soalan la....
  6. n lastly, org malaysia mmg x berkira bila cita pasal pengalaman... sebab kalau diorg cita mmg akan jd lebih menakjubkan dari realiti... cntohnya bla bercerita pengalaman bersunat, mesti dia cita pasal golok, gaji enjin, n pisau besar lg tajam.. smpai terketar2 lutut budak dengar he3... 
n itulah sebab aku bangga jd rakyat malaysia... satu2nya negara kat dunia yg ada ciri2 diatas.. sbnarnya byk g tp nanti2 la kita kongsi lagi ok.. :p

Senda Sendu Hempedu #1

KISAH KEMALASAN PAK HUSSIN TAUGE(AKU PON XTAU APA JENIS NAMA... TP ORG MELAYU MMG SUKA LETAK NAMA PELIK2 KAT ORG)


Pak Hussin Tauge seorang yg amat malas.. kerjanya sgt mudah n rutin.. bangun,makan,lena,termenung,tido.... dia mempunyai seorg isteri bernama Mak Yati Cabai(mcm biasa la he3)... dia mendapat gelaran itu kerana mulut nya mcm cabai... pot pet pot pet( typical la untuk org pompuan kan).... suatu pagi Mak Yati Cabai menyuruh@memaksa suaminya untuk pergi motong(menoreh) kat kebun diaorg... Pak Hussin Tauge dgn penuh malas menuju ke kebun... tp lima belas minit kemudian dia sampai ke rumah semula... Mak Yati Cabai pon meleteri suaminya itu... Mak Timah Cabai bertanya kenapa suaminya kenapa awal pulang... Pak Hussin Tauge pon berkata " on the way saya nak ke sana tetiba ada signboard 'dilarang memotong' so saya pon balik la, saya x nak lawan arahan kerajaan he3".. selamat lah dia tido berselimut buat selama2nya dikerjakan Mak Yati Cabai...

JASA IBU DAN AYAH


Bila mak kata dia teringat..kita jawab kita sibuk sangat..
Bila ayah kata dia rindu..kita jawab nantilah hujung minggu..
Bila mak minta kita pulang..kita jawab kita belum lapang..
Bila ayah minta kita singgah..kita jawab kerja kita belum selesai..

Bila hati kita terguris..kita kata "Mak memang tak pernah faham"
Bila hati kita terhiris..kita kata "Ayah memang tak ambil kisah"

TETAPI...


Bila hati mak kita terguris..mak kata "Tak apa,dia masih muda"
Bila hati ayah kita terhiris..ayah kata "Tak mengapa,belum sampai akalnya"

Bila kita menangis tanda lapar..mak berlari hingga bagai hilang kaki...
Bila kita merintih tanda derita..ayah bersengkang mata bagaikan tiada lena...

Bila kita sedih kerana gagal..mak setia membekalkan cekal...
Bila kita pilu kerana kecewa..ayah teguh berkata dia tetap bangga...

♥ Maka,hargailah dan sayangilah selagi mereka masih ada di dunia ♥
~ Anak yang soleh tidak akan melupakan ibu bapanya hatta di hujung doanya, maka perbanyakkanlah berdoa kepada mereka..Sayangi dan hargailah mereka~

notes :- aku pon kdg2 failed jugak benda2 mcm ni tp ini untuk renungan bersama la 

lelaki : COMPLICATED VS LIMITED

"wahh x guna punya jantan, suka2 wat perangai.. complicated betul la kaum lelaki ni".. korang mesti dgr benda2 mcm ni kan... kompom la.. mmg kita manusia ni kadang2 ada masalah gender buyers sikit... maksudnya melebihkan kaum sendiri... jgn risau aku pon mcm tu jugak... tp hari ni aku nak kupas sikit benda ni secara seimbang... kira aku dok atas pagar la ni.... ermmm, mmg laki ni kadang2 complicated aku akui.. kadang2 benda kecik pon jd bahan@mangsa... kadang2 plak ada yg langsung x boleh terima pandangan org len terutama sekali pompuan... org pompuan plak mcm wat xpaham...terima la kekurangan kami ni...

anyway, jgn salahkan ego kami kaum adam... ada sebabnya jugak.. sebab kalau pompuan asyik provok dan memulaukan kaum lelaki, pompuan mau kawin dgn sapa??.... so belajar terima la... jgn lari dari masalah tp hadapi masalah itu.. kalau dah menyelam x boleh, berenang kat permukaan dah la... at least try hadapi situasi tu... kena ingat la wahai kaum hawa, kaum adam ni limited sekarang... kurang bilangannya.. jadi hargai mereka seadanya...

hargailah insan brnama kaum adam so harap org pompuan paham la ye... sekian

Sunday 1 April 2012

woooooooooooowwwww.... exploding spm..

sebenarnya mungkin bg korang bnda ni xla 'exploding' sgt tp bg aku yg ada kat situ boleh rasa debarannya... pagi tu aku saja p sekolah lambat dgn harapan org lain cepat... rupa2nya suma org pikir sama mcm aku... kononnya nak p sekolah lambat... xpa la itu satu hal, mai hal satu lg ni... aku jenuh doa nak bg result aku elok... iyala abg aku mcm nak sgt aku dpt spm elok... alhamdulillah aku dpt result ok la.... x la sampai boleh bg ucapan tp cukupla nak naik pentas... antara yg naik ialah aqilah nadirah bt ayob khan, muhamad shahir b mohmad ali,fatin syazwani, fatin(5sn), nurfazilah hanim(5sn), MOHD FITRI BIN OTHMAN(muka mcm aaron aziz tu he3),nazirah othman(5sn),syuhada(5sn),syafara nani(5sn),fitri harun@bae,fazira,shuhaida,ina(5ku),nurshazila,yg last ni aku lupa nama tp bekas awek wan hu3.....

aku bangga tengok org mcm hanim bg ucapan... mantap gila.. yg si shahir plak gila2.... X-Y akhirnya Y jatuh... sbb Y satu kaki...???... x berasas.. tp anyway itu hak dia... sapa suruh aku x dapat byk A untuk mmbolehkan aku bg ucapan betul x???.... cakap pasal ucapan, korang mesti perasan kan kalau ada org bg ucapan mesti akan jd klise iaitu perkara yg semua org akan buat... contohnya ucapan terima kasih kpd ibu, bapa, guru n rakan2(kalau dia ingat la)... xdak pon org bg ucapan yg memuji diri dia hingga melangit... contohnya, aku belajar sendiri, cikgu x tolong, mak pak aku x kuar belanja pon untuk aku ke sekolah, aku berjaya sebab usaha aku sendiri... kalau ada bg ucapan mcm ni mmg la dia mangkuk yg paling hayun di dunia...
lasty, kpd yg berjaya jgn lupa diri n kpd yg kurang berjaya jgn risau, elbert einstein pon xdak spm tp masih berjaya he3.... disebabkan aku x layak wat ucapan hari tu so kat sini aku nak ucapkan terima kasih kat mak pak aku sbb berjayakan aku, juga jutaan terima kasih kpd cikgu yg membentuk aku... trillion terima kasih kat membe2 yg sabar n dorong aku... n a special thanks to "somebody" yg sanggup tahan dgn kerenah aku dan byk bg semangat untuk aku berjaya thanks am....
apa2 pon see u d ipt ye suma... amin...