Thursday 30 May 2013

Berdakwah Secara Inklusif : Membuka Jalan Buat Semua

                                   Assalamualaikum wtb

           Keterbukaan dalam bertindak akan membuatkan lebih ramai akan terkesan terhadap tindakan itu. Ramai pendakwah mula lahir sejak kebelakangan ini. Tidak dinafikan fenomena cendawan tumbuh selepas hujan seperti ini memberi impak positif kepada lapangan dakwah di Malaysia. Kepelbagaian ini memberi pilihan yang luas buat masyarakat untuk memilih pendekatan mana yang sesuai buat kita. 
          
           Ramai di antara kita tidak mempunyai pendedahan secara langsung kepada pengetahuan agama. Jadi mungkin kita kurang selesa untuk menghadam pengetahuan yang agak berat berat seperti ilmu tauhid tentang sifat dan zat Allah swt. Jadi, bagi pendakwah yang memahami situasi ini mereka akan mengunakan pendekatan meletakkan aula kepada topik-topik seperti adab dan sirah nabawiyyah. Namun, kekadang pendakwah dan para daie seakan menjauhi para pendengar yang berjinak dengan Islam dengan menyampaikan tajuk yang agak berat. Nabi Muhammad SAW sendiri mendahului isu adab yang kemudiannya diikuti dengan isu-isu yang lain.

         Mengenai dakwah secara inklusif juga penting untuk dibincangkan. Kita sering berpandangan kuliah-kuliah agama harus dijalankan di masjid-masjid dan surau-surau. Namun demikian, realitinya jika kita bersifat eksklusif seperti itu kita hanya akan meletakkan sebuah tembok antara kita dengan audien. Jangan kita eksklusifkan methode dakwah kita. Lapangan dakwah itu luas terbentang. Dakwah itu dimana-mana dan bila-bila masa sahaja. Lihat sahaja kepada pengasas Ikhwanul Muslimeen di Mesir iaitu Imam Hassan Al Banna, beliau berdakwah dimana-mana sahaja. Beliau memasuki kelab malam dan berdakwah. Mungkin agak sukar tapi lama kelamaan ia akan memberi impak tersendiri. kita wajar bersama-sama merenungi jalan jihad Imam Hassan Al Banna. 
     
        Konklusinya, terbukalah dalam berdakwah. Setiap kita adalah Daie dan khalifah. bawa dan junjunglah Islam dimana jua kita berada. Cara paling mudah untuk berdakwah secara inklusif ialah dengan menjadi role model kepada orang lain. Mengaplikasikan ajaran Islam dimana jua kita berada. JOM INKLUSIFKAN DAKWAH!!!!!

Mantan Exco Penerangan dan Multimedia Persatuan Mahasiswa Islam(I-Rakan) Unisel
Mohd Fitri Bin Othman
Dari Mahasiswa Untuk Semua

"Kalau bukan disini, dimana lagi?,

Kalau bukan sekarang, bila lagi?,

Kalau bukan kita, siapa lagi?"

No comments:

Post a Comment