Thursday 30 May 2013

Berdakwah Secara Inklusif : Membuka Jalan Buat Semua

                                   Assalamualaikum wtb

           Keterbukaan dalam bertindak akan membuatkan lebih ramai akan terkesan terhadap tindakan itu. Ramai pendakwah mula lahir sejak kebelakangan ini. Tidak dinafikan fenomena cendawan tumbuh selepas hujan seperti ini memberi impak positif kepada lapangan dakwah di Malaysia. Kepelbagaian ini memberi pilihan yang luas buat masyarakat untuk memilih pendekatan mana yang sesuai buat kita. 
          
           Ramai di antara kita tidak mempunyai pendedahan secara langsung kepada pengetahuan agama. Jadi mungkin kita kurang selesa untuk menghadam pengetahuan yang agak berat berat seperti ilmu tauhid tentang sifat dan zat Allah swt. Jadi, bagi pendakwah yang memahami situasi ini mereka akan mengunakan pendekatan meletakkan aula kepada topik-topik seperti adab dan sirah nabawiyyah. Namun, kekadang pendakwah dan para daie seakan menjauhi para pendengar yang berjinak dengan Islam dengan menyampaikan tajuk yang agak berat. Nabi Muhammad SAW sendiri mendahului isu adab yang kemudiannya diikuti dengan isu-isu yang lain.

         Mengenai dakwah secara inklusif juga penting untuk dibincangkan. Kita sering berpandangan kuliah-kuliah agama harus dijalankan di masjid-masjid dan surau-surau. Namun demikian, realitinya jika kita bersifat eksklusif seperti itu kita hanya akan meletakkan sebuah tembok antara kita dengan audien. Jangan kita eksklusifkan methode dakwah kita. Lapangan dakwah itu luas terbentang. Dakwah itu dimana-mana dan bila-bila masa sahaja. Lihat sahaja kepada pengasas Ikhwanul Muslimeen di Mesir iaitu Imam Hassan Al Banna, beliau berdakwah dimana-mana sahaja. Beliau memasuki kelab malam dan berdakwah. Mungkin agak sukar tapi lama kelamaan ia akan memberi impak tersendiri. kita wajar bersama-sama merenungi jalan jihad Imam Hassan Al Banna. 
     
        Konklusinya, terbukalah dalam berdakwah. Setiap kita adalah Daie dan khalifah. bawa dan junjunglah Islam dimana jua kita berada. Cara paling mudah untuk berdakwah secara inklusif ialah dengan menjadi role model kepada orang lain. Mengaplikasikan ajaran Islam dimana jua kita berada. JOM INKLUSIFKAN DAKWAH!!!!!

Mantan Exco Penerangan dan Multimedia Persatuan Mahasiswa Islam(I-Rakan) Unisel
Mohd Fitri Bin Othman
Dari Mahasiswa Untuk Semua

"Kalau bukan disini, dimana lagi?,

Kalau bukan sekarang, bila lagi?,

Kalau bukan kita, siapa lagi?"

Merintis Bayu Perubahan Dalam Diri

         Kita sering mencari-cari identiti ketika di dalam usia peralihan dari remaja ke dewasa. Tika meniti kedewasaan, kita cuba membina identiti dan membentuk lahiriah agar berada pada tahap yang memuaskan diri, keluarga dan masyarakat. Namun, sebahagian besar daripada kita masih belum berubah. Dimana silapnya?
        Banyak faktor yang membawa kita kepada arus perubahan. Carilah faktor itu dan timbal balik samada perubahan itu merintis kita kearah kebaikan atau menghanyutkan kita kegelora kemusnahan. Dalam banyak sirah nabawiyyah dan sahabah, nabi sering membuka ruang dan peluang kepada para sahabat untuk berubah.
      Dalam sebuah kisah, Nabi didatangi seorang sahabat bernama Maiz Bin Malik lalu berkata dia "Aku berzina ya Rasulullah". Nabi mengalihkan pandangan baginda. Lalu berkata lagi Maiz "Aku berzina ya Rasulullah". Nabi yang beralih pandangan berkata "Boleh jadi kamu meraba sahaja Maiz". Maiz berkata "Aku berzina Rasulullah, takkan engkau tak tahu". Dan hukuman dijalankan kerana Maiz mahu sebegitu dan mengakui kesalahannya.
      Kisah ini sangat menyentuh kerana mengambarkan betapa luasnya pintu pengampunan untuk kita berubah di dalam Islam. Nabi mengambarkan betapa agama itu bukan sebuah wadah untuk menghukum tapi sebuah instrumen untuk mencari solusi. Islam senantiasa memberi jalan keluar dengan pengampunan. Allah swt tidak menciptakan  neraka tanpa syurga. Ini memberi gambaran betapa indahnya Islam memberi peluang kepada penganutnya.
     Berbalik kepada merintis perubahan dalam diri, soalan yang bermain dalam benak kita ialah BAGAIMANA?. Masya Allah, seluas-luas pintu dalam Islam ialah pintu keampunan. Allah swt tidak hanya mahu menghukum makhluknya tapi Allah swt juga memberi alternatif pengampunan. Beristigfarlah dan dirikan solat taubat. Nescaya jika bersungguh, Allah swt akan mengampuni semua dosa kita.
    Kita dilahirkan seputih kain yang tidak dicemar. Kain ini mungkin dicemar oleh tangan-tangan yang lain, tapi ingat dengan tangan kita sendiri, sucikanlah ia. Berbaliklah kepada Allah swt. Syaitan yang memohon untuk dipanjangkan umur hingga kiamat pun Allah swt perkenan. Ini pula kita yang bertaubat dan kembali kepada-Nya.
    Pedulikan mulut-mulut yang sekadar mencaci tanpa memberi. Pejamkan mata terhadap mehnah dan tribulasi yang datang kepada kita. Yakinlah kita berada dijalan yang benar jika diuji. Sabar dan pasrah dengan ujian. Nescaya di hujung jalan ini ialah kebahagian dan sebuah mahligai yang tidak semua orang miliki yakni ketenangan.
     Ayuh, rintis perubahan dalam diri kemudian langsungkan kepada keluarga dan masyarakat. Dalam kehidupan ini kita sering menghadapi persimpangan. Namun, disitu kita diberi pilihan untuk memilih. Pilihlah jalan yang terbaik untuk membina kreadabiliti kita sebahagai khalifah di bumi Allah swt.
     "JIKA KITA PATAH SAYAP, BERTONGKATLAH DENGAN PARUH. LAKUKAN APA SAHAJA ASALKAN KITA TETAP BERDIRI"


Mantan Exco Penerangan dan Multimedia Persatuan Mahasiswa Islam(I-Rakan) Unisel
Mohd Fitri Bin Othman
Dari Mahasiswa Untuk Semua

"Kalau bukan disini, dimana lagi?,

Kalau bukan sekarang, bila lagi?,

Kalau bukan kita, siapa lagi?"


Wednesday 22 May 2013

NGO Menjulang Gagasan Blackout 505

Kita mungkin tertanya2, bagaimana mungkin penganjur Blackout 505 mampu mengumpul crowd puluhan ribu di sesuatu tempat. Ketahuilah Blackout 505 dipayungi oleh puluhan NGO yang menyokong misi dan visi Blackout 505. Berikut adalah antara NGO yang menyokong dan terlibat secara langsung dan tidak langsung.

1. Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
2. Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM)
3. Tindak Malaysia
4. Suara Rakyat Malaysia (SUARAM)
5. Parti Sosialis Malaysia (PSM)
6. Parti Rakyat Malaysia (PRM)
7. Gabungan Menuntut Royalti ®
8. Asalkan Bukan Umno (ABU)
9. Gerakan Mansuhkan ISA (GMI)
10. Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT)
11. Gabungan Tanah Rakyat (TANAH)
12. Kill The Bill
13. Malaysian For Beng Hock
14. Mama Bersih
15. Kelab Bangsar Utama
16. Radio Bangsar Utama (RABU)
17. Mahasiswa Keadilan Malaysia
18. Kumpulan Aktivis Mahasiswa Indipenden (KAMI)
19. Malaysia Youth and Students Democratic Movement (DEMA)
20. Indipendent Student Front (INSTEF)
21. University Malaya Association Of New Youth (UMANY)
22. Kuala Lumpur & Selangor Chinese Assembly Hall (KLSCAH)
23. Gabungan NGO Pengerang
24. Angkatan Pembebasan Bangsa (APB)
25. Gabungan Mahasiswa Islam seMalaysia (GAMIS)
26. Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independent (KAMI)
27. Pro-Mahasiswa Nasional Aksi Mahasiswa Peduli (AKSI)
28. Pertubuhan Kemajuan dan Kebajikan Rakyat Selangor (Pro-Rakyat)
29. Angkatan Rakyat Muda (ARM)
30. Saya Anak Bangsa Malaysia (SABM)
31. Unit Ehsan Malaysia
32. Anwar Ibrahim Club (AIC)
33. Agent of Change (AoC)
34. Revolusi Anak Muda Malaysia (RAMM)
35. Kami Anak Muda Menenatang Umno (K.A.M.U)
36. Gagasan Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (MAMPAT)
37. Pertubuhan Kebajikan Rakyat Perlis (PKR Perlis)
38. Kumpulan Aktivis Media Independent (KAMI)
39. Gabungan NGO Kelantan
40. Solidariti Anak Bachok Daratkan Minyak (CABAR)
41. Majlis Permuafakatan Kampung Warisan KL/Selangor (MUAFAKAT)
42. Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Hak Pendaratan Minyak dan Gas Ke Kelantan (ROYALTI)
43. Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (MAMPAT)
44. Gabungan Menuntut Royalti Terengganu (R Terengganu)
45. Selamatkan Teluk Rubiah
46. Selamatkan Pantai Port Dickson
47. Selamatkan Pasar Payang
48. Jaringan Sepadu Rakyat Malaysia (SEPADU)
49. Angkatan Warga Aman Malaysia (Warga AMAN)
50. Malaysian Indians Progressive Association (MIPAS)
51. Federation of Malaysian Indian Organisation (PRIMA)
52. Malaysian Indians Transformation Action Team (MITRA)
53. Angkatan Nasional India Malaysia (AGNI)
54. Comuniti Front (CF) Seremban

Exco Penerangan dan Multimedia Persatuan Mahasiswa Islam(I-Rakan) Unisel
Mohd Fitri Bin Othman
Dari Mahasiswa Untuk Semua

"Kalau bukan disini, dimana lagi?,

Kalau bukan sekarang, bila lagi?,

Kalau bukan kita, siapa lagi?"


Tuesday 21 May 2013

Pro Mahasiswa : Sebuah Wadah Mentarbiyyah Siasah Kampus

        Tersentak tika sedang sendirian mengenangkan kembali PilihanRaya Kampus Unisel yang lalu. Pelbagai jerih pahit dan pengalaman yang kurang enak dihadapi sepanjang tempoh pilihanraya. Namun terselit diantara kepahitan itu rupanya terpalit kenangan manis yang mentarbiyyah jiwa dan kemahiran kendiri dalam bersiasah dalam kampus yang menjurus kepada siasah bermasyarakat.
        Pengalaman sepanjang mengerakkan Pro Mahasiswa Unisel benar2 mentaaruf diri ini terhadap dunia siasah kampus. Bukan kemenangan yang dicari namun ia merupakan bonus di jalan ini jika menang. Namun rancangan Allah SWT lebih baik, kekalahan yang diberi kepada kami. Alhamdulillah. Insya Allah, kami bersiap siaga untuk PilihanRaya Kampus yang seterusnya.
     
bersama kenderaan rasmi pro m : tq daus he3
edaran untuk raih undi

bunting pro m

logo rasmi pro m
       Berikut ialah sedikit sudut pandang yang dilontar oleh seorang yang lebih matang dalam politik kampus di Unisel. sama2 kita bermuhasabah :) klik sini

Exco Penerangan dan Multimedia Persatuan Mahasiswa Islam(I-Rakan) Unisel
Mohd Fitri Bin Othman
Dari Mahasiswa Untuk Semua

"Kalau bukan disini, dimana lagi?,

Kalau bukan sekarang, bila lagi?,

Kalau bukan kita, siapa lagi?"


Monday 20 May 2013

Perubahan Satu Keperluan

Em, Tajuk tu propaganda tersembunyi je. Sebenarnya perubahan yang dimaksudkan ialah perubahan wajah blog ini. Semoga dengan perubahan ini dapat membawa suatu dimensi baru terhadap daya tulis yang dijana kelak. Terima kasih kepada seorang sahabat yang menegur keserabutan yang melanda blog ini.
SALAM PERUBAHAN :)

Exco Penerangan dan Multimedia Persatuan Mahasiswa Islam(I-Rakan) Unisel
Mohd Fitri Bin Othman
Dari Mahasiswa Untuk Semua

"Kalau bukan disini, dimana lagi?,

Kalau bukan sekarang, bila lagi?,

Kalau bukan kita, siapa lagi?"


Hasil Penulisan Yang Dimuat Di Dalam Risalah Madani GPTD Unisel

klik sini.... halaman 15. Topik berkisarkan budaya hedolisme seperti harlem shake yang meruntuhkan tembok akhlak ketimuran kita. Berikut sedikit petikan dari artikel tersebut.

Terima kasih kepada pihak GPTD kerana mengangkat penulisan yang serba kerdil ini.

Exco Penerangan dan Multimedia Persatuan Mahasiswa Islam(I-Rakan) Unisel
Mohd Fitri Bin Othman
Dari Mahasiswa Untuk Semua

"Kalau bukan disini, dimana lagi?,

Kalau bukan sekarang, bila lagi?,

Kalau bukan kita, siapa lagi?"


Bebaskan Si Kerdil Adam Adli

     Sewaktu menyertai satu program pendidikan percuma di KLCAH dulu, pernah terserempak dengan susuk tubuh yang kian dikenali dalam kalangan mahasiswa iaitu saudara Adam Adli. Dia sama seperti mahasiswa lain malam itu melainkan statusnya yang digantung 3 semester dari UPSI.
   
    Baru2 ini kita digemparkan dengan penahanan aktivist muda ini. Beliau ditahan atas akta hasutan. hal ini demikian kerana ucapan beliau di KLCAH baru2 ini. Mungkin tagline beliau malam itu iaitu "Kamu Tipu Pilihan Raya, Kami Turun Jalan Raya". Wahai Encik2 yang menangkap Adam Adli ini pesan saya, "Seorang Adam Adli Tumbang, Berjuta Adam Adli Menentang!!".

     
     Semua NGO akan bersolidariti dan mempertahankan hak kebebasan bersuara. Kamu salahguna kuasa, kamu tipu pilihanraya, adam adli yang kena tangkap. NANTIKAN KEBANGKITAN RAKYAT!!!!

Exco Penerangan dan Multimedia Persatuan Mahasiswa Islam(I-Rakan) Unisel
Mohd Fitri Bin Othman
Dari Mahasiswa Untuk Semua

"Kalau bukan disini, dimana lagi?,

Kalau bukan sekarang, bila lagi?,

Kalau bukan kita, siapa lagi?"



Sunday 19 May 2013

beberapa hari sebelum pilihanraya berlangsung, penulis serta beberapa sahabat mahasiswa dan mahasiswi mengegar pwtc iaitu bangunan rasmi umno. tujuan lawatan tidak rasmi ini ialah bagi menyerahkan 1 km tandatangan rakyat yang menolak umno/bn..klik sini untuk album penuh. kira2 2 ribu mahasiswa bersolidariti bersama.
berada di hujung kanan gambar.. berdoa sesudah usai demonstrasi
Exco Penerangan dan Multimedia Persatuan Mahasiswa Islam(I-Rakan) Unisel
Mohd Fitri Bin Othman
Dari Mahasiswa Untuk Semua

"Kalau bukan disini, dimana lagi?,

Kalau bukan sekarang, bila lagi?,

Kalau bukan kita, siapa lagi?"