Wednesday 2 July 2014

Warkah Rindu Untuk Mu

Oh pemilik hati ini,
Allah telah pinjamkan aku kepadamu,
Janganlah kau ragu,
Pasti suatu hari aku kan bertamu,
Asalkan kau terus sabar menunggu.

Oh pemilik hati ini,
Allah telah pinjamkan engkau untukku,
Doakan supaya aku tidak dungu,
Melihat insan lain yang tidak ku tahu,
Dan terus menanti dirimu.

Wahai pelengkap jiwaku,
Telah aku pinangmu dengan jiwaku,
Diikat pula dengan kesetiaanmu,
Berdoalah dipercepatkan waktu,
Agar mudah jodoh dipersatu.

Wahai pelengkap jiwaku,
Aku mahu kamu bersamaku,
Dimedan ini kita bertemu,
Kekallah kita disitu,
Moga disyurga abadi bersatu.

Kepada penyejuk jiwaku,
Maaf andai aku buntu,
Aku insan biasa selalu,
Andai jatuh mohon dibantu,
Angkat aku dengan cintamu.

Kepada penyejuk jiwaku,
Medan ini memerlukan kita,
Biar gelanggang ini menjadi saksi cinta,
Tempat bersatu jiwa dan cinta kita,
Biar mati syahid atau hidup mulia bersama.