Monday 20 May 2013

Bebaskan Si Kerdil Adam Adli

     Sewaktu menyertai satu program pendidikan percuma di KLCAH dulu, pernah terserempak dengan susuk tubuh yang kian dikenali dalam kalangan mahasiswa iaitu saudara Adam Adli. Dia sama seperti mahasiswa lain malam itu melainkan statusnya yang digantung 3 semester dari UPSI.
   
    Baru2 ini kita digemparkan dengan penahanan aktivist muda ini. Beliau ditahan atas akta hasutan. hal ini demikian kerana ucapan beliau di KLCAH baru2 ini. Mungkin tagline beliau malam itu iaitu "Kamu Tipu Pilihan Raya, Kami Turun Jalan Raya". Wahai Encik2 yang menangkap Adam Adli ini pesan saya, "Seorang Adam Adli Tumbang, Berjuta Adam Adli Menentang!!".

     
     Semua NGO akan bersolidariti dan mempertahankan hak kebebasan bersuara. Kamu salahguna kuasa, kamu tipu pilihanraya, adam adli yang kena tangkap. NANTIKAN KEBANGKITAN RAKYAT!!!!

Exco Penerangan dan Multimedia Persatuan Mahasiswa Islam(I-Rakan) Unisel
Mohd Fitri Bin Othman
Dari Mahasiswa Untuk Semua

"Kalau bukan disini, dimana lagi?,

Kalau bukan sekarang, bila lagi?,

Kalau bukan kita, siapa lagi?"



No comments:

Post a Comment