Saturday 11 January 2014

Aku Mahu Dia Disisi Ku Menemani Perjuangan Ini

Ya Allah, Jadikan dia milikku dan melengkapi hari-hari ku kerna aku yakin aku mampu lebih baik bersamanya.

Semester dua menjengah akhirnya. Segala urusan semester satu usai beberapa hari yang lalu kecuali urusan MARA yang bertangguh-tangguh hasil kerenah birokrasi pihak mereka sendiri. Pelbagai peristiwa mewarnai smeester satu-yang pahit, manis, kelat, merencahkan semester satuku. Semester satu aku lihat sebagai jambatan aku kearah membina diri untuk menjadi lebih baik. Kepadatan program mengajar aku erti menghargai masa.

Bertemu Dia

Semester satu juga mencorak hidup aku melalui perhubungan dengan insan lain. Insan-insan inilah yang akan aku hargai sampai nafas ku terhenti. Menyingkap pertemuan aku dan dia, sukar untuk aku tintakan disini. Namun dipendekkan cerita, dia datang saat aku perlukan seseorang untuk menyokong perjuangan dan harapan aku untuk masa depan. Dia tiba saat aku hampir putus asa dengan nilai sebuah perhubungan. Aku insan biasa, izinkan aku kecewa. Aku kecewa tidak bererti jatuh, cuma sekadar memenuhi fitrah manusiawi. Dari kekecewaan itu aku mengorak langkah kearah lebih baik. Berbalik kepada indan yang mengetuk pintu hati ini, aku tegaskan pada dirinya "Aku menyukai dan menjalin hubungan dengan seseorang atas dasar agamanya dan akhlaknya maka jika dia meninggalkan agamanya dan rosak akhlaknya aku akan meninggalkan dirinya". Itu prinsip kukuh aku. 

Mencorak Masa Depan Bersama

Aku tidak mahu lagi bergerak sendiri. Dia akan ku bawa bawa bersama di atas jalan dakwah ini. Andai aku jatuh, aku mahu berpaut pada dirinya. Andai dia jatuh, akan ku sambut dan pastikan dia berjalan lagi diatas jalan berliku ini. Sekarang aku mahu jelas bahawa apa yang aku dan dia lakukan hari ini akan memberi impak pada masa depan kami bersama. Kerna hubungan ini bukan sekadar ikatan, ianya sebuah amanah. mana mungkin amanah yang besar sebegini kita pikul, kemudian apabila kita kembali kepada Allah swt dan tidak ditanya bagaimana kita menjalankan amanah berat ini. Aku mahu dia dan aku sedar setiap langkah yang diambil itu ada pahala dan dosanya. Hasilnya, aku sudah memikir apa yang akan ku lakukan bermula hari ini sehingga menuju ke gerbang perkahwinan. Dari pihak dia, aku serahkan sepenuhnya kepadanya. Dia berhak mencorak kehidupannya. Cuma andai dia bertanya, akan ku beri mutiara nasihat yang tidak seberapa. Aku yakin dia sudah matang untuk merancang.

Kedudukan Dia Dalam Keluarga Aku

Aku boleh bungkus beg dan tidur di kaki lima!! itu yang aku bisikkan dibenak ini. Ibu begitu menyukai keperibadian dan pemilik dirinya. Mereka begitu rapat. Itu melapangkan hatiku. Jika aku sibuk, aku tahu ibu akan melayaninya. Kurang sedikit rasa serba salah ini. Cuma aku sendiri belum menghubungi keluarganya. Bukan malu, jauh sekali takut. Cuma bagi aku lelaki, aku perlu lebih masa untuk membina diri dari aspek emosi, rohani dan material. YA!! aku mahu jadi lebih baik dari sekarang kerna aku menganggap dia bidadari. Maka selayaknya dia memiliki lelaki yang baik serta berakhlak.

Andai Dia Bukan Milikku

Aku senantiasa berlapang dada atas ketentuan Illahi, insya allah. Cuma kita perlu berusaha disandingi dengan tawakal. Aku sering tetapkan dalam diriku, andai dia punya calon yang lebih baik akhlak dan agama maka aku lebih gembira jika dia memilih lelaki itu. Maklum sudah, aku cuma lelaki yang cuba untuk berubah dari semasa ke semasa. Banyak kelemahan yang menumpang jasad lemah ini. Aku berharap dia menerimaku seadanya. 

Menjaga Hati Dan Hubungan Ini

Sering aku bermuhasabah samada aku memelihara hubungan ini atau tidak. Masih ada kelompangan yang berlaku. Namun perubahan itu lebih baik maka aku memilih untuk berubah andai ada kelemahan. Kita manusia, bukannya malaikat yang suci tanpa dosa. Aku berdoa agar hubungan ini senantiasa terpelihara dari fitnah dan dosa. AKU MAHU BAWA DIA KE SYURGA. mana mungkin kita katakan sayang andai membawa kita ke neraka. Itu celaka namanya. Akhirul kalam, andai dia milikku, jadikan aku insan yang boleh membimbingnya.


No comments:

Post a Comment