Sunday 7 April 2013

TOLAK : Gelombang Anak Muda Tolak Umno/BN



KUALA LUMPUR 6 April : Kira-kira 200 mahasiswa dan aktivis Gelombang Anak Muda Tolak Umno BN (TOLAK) memulakan siri jelajah ke seluruh negara bagi mengumpul tanda tangan anak muda, simbolik bantahan terhadap Umno-BN.
Pengerusinya, Mohd Azan Safar menyasarkan tanda tangan sepanjang 1 kilometer dalam siri jelajah yang bermula di KL Sentral, pagi ini. Kita mahukan perubahan. Kita akan memastikan kerajaan baru berjaya dibentuk pada PRU kali ini dengan menolak sepenuhnya Umno-BN,” katanya kepada Keadilandaily.“Ini manifestasi kebencian pada pemerintahan Umno-BN. Kita tunjukkan betapa rakyat terutama anak muda dan mahasiswa sudah tidak menerima lagi mereka.
TOLAK
Kumpulan yang terdiri dari mahasiswa IPT sektar Kuala Lumpur dan Selangor ini dijangkakan ke Melaka, Johor dan seluruh negara sehingga 14 April ini.
“Kita juga bercadang untuk mengadakan acara dengan parti-parti pembangkang serta NGO lain pada tarikh yang akan ditetapkan nanti,” kata Azan.
31 Mac lalu, lima mahasiswa ditahan di IPD Putrajaya kerana menganjurkan konvoi dan berhimpun bagi menyerahkan memorandum menggesa Perdana Menteri membubarkan parlimen.
Manakala 3 April lalu, tujuh tuntutan TOLAK dilancarkan di hadapan pusat membeli belah Sogo.
“Kita nak tunjukkan kepada Umno-BN betapa rakyat keseluruhannya terutama anak muda dan mahasiswa sudah tidak menerima lagi mereka,” kata Azan
antara muslimat yg turut serta


muslimeen


simbol tolak 


speaker conner


bentangan kain putih


turut menurunkan tandatangan menunjukkan solidariti


mendengar dgn tekun




sahabat yg lain


ustaz azan safar dr UKM berucap








bacaan doa oleh ustaz fais


antara SB dan polis yg memerhati


penyerahan tandatangan daripada IPT Darul Quran : para hafiz turut bersolidariti

P/S : penulis dan sahabat2 yang lain mengangkat ikrar dan bersolidariti bukan atas nama dan untuk kepentingan mana2 parti politik. Kami terdiri daripada 26 NGO yang bersatu dan berpadu suara untuk menolak UMNO/BN pada PRU 13.
Exco Penerangan dan Multimedia Persatuan Mahasiswa Islam(I-Rakan) Unisel
Mohd Fitri Bin Othman
Dari Mahasiswa Untuk Semua


"Kalau bukan disini, dimana lagi?,

Kalau bukan sekarang, bila lagi?,

Kalau bukan kita, siapa lagi?"


No comments:

Post a Comment