Thursday 3 January 2013

2013 : Menghela Nafas Semalam Atau Meneruskan Nadi Masa Depan

2012 melabuhkan tirainya beberapa hari yang lalu. Buku 2012 ditutup rapat dan helaian muka surat baru untuk 2013 diselak. Ada yang masih merangka dan menghitung nasib 2012 dan ada pula yang merenung dan merancang gerakan untuk 2013. Lakukanlah apa sahaja asalkan langkah anda pada 2013 tidak setempang 2012. Jika ada input positif pada 2012, iringilah pada 2013. Pelbagai yang berlaku beberapa hari kebelakangan ini. Anak muda mabuk tetapi bukan mabuk dengan minuman keras tetapi mabuk dengan hiburan dan keseronokan yang lagha dapat dilihat. Hal ini fenomena biasa di Ibu kota ketika anak muda menyambut tahun baru saban tahun.
pemimpin yang menyokong sambutan ini
Tetapi bukan hedolisme yang melemaskan dan menyesakkan nafas itu yang ingin saya tekankan tetapi saya ingin menekankan fenomena yang berlaku kini. fenomena ini positif iaitu fenomena sambutan tahun baru bersama ikon Ad-Din remaja Ustaz Azhar Idrus. Kehadiran beliau telah merobohkan mentaliti "Agama Itu Sulit". Beliau Banyak menyelesaikan permasalahn umat secara interaktif. Tahun ini merupakan tahun kedua beliau dijemput untuk menyampaikan ceramah beliau sambil menanti detik tahun baru.  Dilaporkan 120 ribu orang hadir untuk memeriahkan majlis.
antara 120 ribu pengunjung 
antara barisan pengerak yang hadir
antara banner dan barisan mahasiswa yang hadir
Berbalik ke Dataran Kemerdekaan, program berbaur candu hiburan  memabukkan hadirin disana. Namun dibalik kejelikkan yang wujud, hadir jundullah terdiri daripada mahasiswa yang melebar luaskan dakwah dan tarbiyyah kepada hadirin2 yang "mabuk". Terkenang pula kisah As-Syahid Hassan Al Banna berdakwah di disko2 Mesir pada awal penyebaran dakwahnya. Berbalik kepada anak muda pencinta jihad dan syahid yang berada di Dataran Merdeka malam itu, mereka menguar-uarkan slogan "Jom Masuk Syurga" sebagai khalimah jihad malam itu. Ianya dengan harapan supaya para hadirin sedar perbuatan mereka hanya mengundang kemurkaan Allah SWT. Fenomena kebangkitan mahasiswa wajar dipandang daripada sudut positif. Menyingkap tirai sejarah, kebangkitan mahasiswa bermula daripada awal tahun 70 an lagi. Antara "produk" yang berjaya dilahirkan ialah Datuk Sri Anwar Ibrahim. Kita wajar mengawal dan memerhati perkembangan mahasiswa tapi kita tidak wajar melumpuhkan paradigma mereka. Memanis-maniskan mereka dengan "gula-gula" hiburan yang melalaikan. 
antara ribuan mahasiswa yang hadir dan berkumpul dengan aman
Akhir sekali, tahun 2013 diharapkan dapat mengubah masa depan negara agar dapat dipacu kearah kejayaan ummah sejagat. Mahasiswa suara masyarakat. Ideologi mereka harus dikaji dan bukan dikeji. Mereka datang dari segenap sisi dengan satu inspirasi untuk mengapai transisi sebuah negara maju seiring dengan kebangkitan ummah. MAHASISWA TOLAK KERAJAAN...

Exco Penerangan Persatuan Mahasiswa Islam(I-Rakan) Unisel

Mohd Fitri Bin Othman

"Kalau bukan disini, dimana lagi?,

Kalau bukan sekarang, bila lagi?,

Kalau bukan kita, siapa lagi?"

No comments:

Post a Comment